Pegawai Pertahanan Awam daerah, Mohd. Zulkhairi Adek Awang berkata, kejadian itu menjejaskan 11 buah rumah yang diduduki 50 penduduk.

“Kejadian banjir kilat menjejaskan sembilan buah rumah di Kampung Semerting dan masing-masing sebuah rumah di Kampung Tengah Manchis dan Kampung Hayat.

“Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara yang dibuka dan air surut sepenuhnya pada pukul 2.40 pagi ini,” katanya di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE