EnglishMalay

Jumlah sekolah ditutup di Sabah meningkat

KOTA KINABALU, 4 JANUARI 2018: Jumlah sekolah yang ditutup di Sabah akibat banjir, hari ini meningkat kepada 16 sekolah berbanding cuma 8 sekolah semalam.

Daripada jumlah itu, 13 sekolah membabitkan sekolah rendah, manakala tiga lagi sekolah menengah yang terletak di dua daerah iaitu Beaufort dan Papar.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Maimunah Suhaibul, berkata 15 daripada sekolah itu ditutup susulan laluan dan kawasan sekolah dinaiki air.

"Sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah (SM) Saint Patrick ditutup kerana dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir.

"Jumlah keseluruhan pelajar yang terjejas seramai 3,073 orang, manakala guru seramai 372 orang," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Sekolah rendah yang ditutup membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Membakut, SK Sinoko, SK Kampung Bambangan, SK Lembah Poring, SK Jabang, SK Lago, SK Tamalang, SK Saint Patrick, SK Bandau, SK Kg Brunei, SK Bangkalalak, SK Sumbiling dan SK Ulu Lumagar.

Tiga lagi sekolah menengah ditutup membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut 2, SMK Membakut, SM Saint Patrick.

 

Sumber: BH Online

  •