EnglishMalay

BANJIR: MANGSA MENINGKAT, 55 SEKOLAH TUTUP

8 FEBRUARI 2018, KUCHING: Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk dengan sejumlah 5,562 mangsa daripada 1,682 keluarga ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kota Samarahan mencatat bilangan tertinggi dengan 1,483 mangsa daripada 448 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.


Bahagian Serian mempunyai 1,227 mangsa (389 keluarga) di lapan PPS, manakala Sibu pula 978 mangsa (287 keluarga) di empat PPS.

Bahagian Bintulu pula mencatat peningkatan mendadak dengan 1,321 mangsa (379 keluarga) di lima PPS; Bahagian Mukah 92 mangsa (40 keluarga) di tiga PPS; dan Bahagian Limbang 45 mangsa (135 keluarga) di empat PPS.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Sarawak mengarahkan 55 sekolah ditutup hari ini berikutan bangunan sekolah dan laluan ditenggelami air.

Daripada jumlah itu, Selangau mencatat jumlah tertinggi membabitkan 13 sekolah, Mukah (lapan), Dalat (tujuh), Limbang (enam), Lawas (enam), Baram (lima), Samarahan (tiga), Bintulu (dua), Serian (dua) dan masing-masing satu di Sibu, Julau serta Sebauh.

Berikutan itu, seramai 6,637 pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran hari ini.

sumber BH Online

  •