EnglishMalay

Maklumat bencana > Tanggungjawab NADMA Malaysia Dalam Pengurusan Bencana

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertanggungjawab menyelaras pengurusan Bencana Negara dan bertanggungjawab untuk membentuk serta memastikan segala dasar dan mekanisme pengurusan Bencana Negara dipatuhi dan dilaksanakan di setiap peringkat pengurusan Bencana.

Tanggungjawab NADMA Malaysia dalam pengurusan bencana :

  • Merupakan Agensi Peneraju Utama (focal point) pengurusan Bencana Negara di peringkat Negara, negeri dan daerah.
  • Menjadi Agensi Peneraju Utama (focal point) pengurusan Bencana Negara di peringkat serantau dan antarabangsa.
  • Mengeluarkan strategi, arahan, pelan tindakan, hala tuju dan dasar dalam pengurusan Bencana.
  • Memastikan pengamalan serta pelaksanaan dasar dan mekanisme pengurusan Bencana berjalan lancar.
  • Mengawal selia dan membuat pengauditan dalam pengurusan Bencana yang dijalankan oleh Agensi Kerajaan dan mengarahkan penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan Bencana Negara.
  • Memberikan khidmat keurusetiaan kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa Pengurusan Bencana di setiap peringkat pengurusan Bencana.
  • Mengurus dan mengaturgerakkan Pasukan SMART untuk operasi mencari dan menyelamat di dalam dan luar negara apabila perlu.
  • Menguruskan KWABBN tertakluk kepada peraturan dan tatacara kewangan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
  • Menyelaras pengendalian latih amal pengurusan Bencana serta mencari dan menyelamat dari semasa ke semasa.
  • Memantau dan memastikan pelaksanaan langkah-langkah Pengurangan Risiko Bencana bagi mencegah atau mengurangkan impak Bencana yang dijalankan oleh Agensi Kerajaan.
  • Merancang, menyelaras serta mengawasi pelaksanaan strategi kependidikan, latihan dan kesedaran kepada pegawai dan anggota Agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela serta orang awam dalam menghadapi dan mengurangkan risiko Bencana.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pengendalian serta pengurusan Bencana.
  • Mengadakan post-mortem pengendalian Bencana diadakan selepas kejadian sesuatu Bencana.
  • Menilai, menyelaras dan mengetuai misi bantuan kemanusiaan dan Tindak Balas Bencana ke luar negara.
  • Menilai dan menyelaras bantuan kemanusiaan dari negara-negara luar.
  •