EnglishMalay

Maklumat bencana > Langkah Pemulihan Selepas Bencana

LANGKAH PEMULIHAN SELEPAS BENCANA

 

i.            Program Pemulihan dan pembangunan semula hendaklah dilaksanakan dengan segera selepas sesuatu kejadian Bencana berlaku. Setiap Agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela yang terlibat bertanggungjawab dalam melaksanakan penilaian kerosakan serta Pemulihan dan pembangunan semula infrastruktur awam di bawah bidang kuasa masing-masing.

ii.            JPBD dan JPBN bertanggungjawab membuat penilaian, perancangan dan perakuan kepada JPBP mengenai cadangan program Pemulihan dan pembangunan semula dengan mengambil kira konsep Pengurangan Risiko Bencana.

iii.            JPBP bertanggungjawab memutuskan program Pemulihan dan pembangunan semula yang akan dilaksanakan dan menetapkan Agensi Kerajaan atau pihak berkaitan untuk pelaksanaannya.

  •